NURUL-SYARFIQAMJ
Success is simple.Do what'sright, the right way, at the right time.

Sunday 4 September 2016

perkenalan ke owner blog

assalammualaikum. dan selamat pagi .
ni blog saya yang ke berapa entahlah, sebab selalu je tak hafal password dan email.

okay. sekarang saya nak perkenalkan diri saya dulu.nama saya nurul syarfiqa binti mohd janjudin. saya berumur 19 tahun. saya mula berminat dengan  blog ini semasa saya berumur  13 tahun (x pasti ). waktu tu memang banyak lah blogger baru yang muncul macam cendawan tumbuh .

sebab saya minat blog adalah :-


  1.  sebab blog ni macam diary tau , sebab tak semestinya orang baca kan? kita main taip je dalam blog ni. kalau popular tak apalah, ada jugak blogger lain komen. kalau tak popular, memang macam diary dah blog tu. hehee.
  2. sebab design cantik-cantik. Dulu, mula-mula minat blog sebab waktu tu kakak saya rajin edit blog. sampai saya rasa tertarik dengan blog ni. oh yes.. kakak sayalah yang punca saya suka blog . bila saya pun dah pandai edit blog , pandai main photoshop , mula lah tangan ni edit blog SETIAP HARI. dan boleh dikatakan setiap hari blog bertukar wajah, bertukar baju. Dulu, kalau raya memang akan design cantik-cantik blog dan ada tema lagu raya dan tema header raya.. hee..
  3. selalu ada giveaway. kalau korang nak tau , dulu.. ramai je yang buat giveaway sampai aku aku sekali buat giveaway. first giveaway,aku sendiri yang buat dan aku sendiri yang bagi hadiah. hadiah TOPUP je. hewhew.. tapi alhamdulillah, banyak jugak yang join.. giveaway kdua yang saya buat, banyak yang sponsor hadiah. aku pun "WOW" .. 
  4. tamat

saya ni jenis yang tak pandai nak bergaul dengan orang ramai. memang terperap tenung laptop.. tapi tu dulu lah semasa saya first join jadi blogger ni. memang tak pernah tak miss buka blog dan photoshop... bak kata orAng , OBSES ! 

dan sekarang ni saya mula aktif balik.. sebab sekarang ni saya tak ada buat apa-apa.. sebab ? sebab.. nantilah saya cerita untuk next entry..
saya busy bisnes online je sekarang ni.. :)
okay tu je kot untuk setakat ni.. bai-bai.. ASSALAMMUALAIKUM..

*maaf, saya tak ada tempat chat , kalau awak ada follow saya / nak suruh saya singgah blog awak, boleh bagitahu di kotak komen bawah ni ya *

4 comments:

  1. Salam kenalan fiqa! high 5! sme la suke edit2 blog.hihi

    ReplyDelete
  2. salam kenal jugak :) tak pe, update je pape. nnt mek drop komen :)

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan fiqa :) Harap tak lupa lagi password dan email ye. Hehe.

    Update je apa2. Seronok baca kisah orang lain. Keep blogging dan keep in touch..

    Btw, siqah follow sini :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. HYe Fiqa.. Akak datang singgah sini..
    Dah follow fiqa.. tq ye singgah blog akak..

    ReplyDelete